Mesyuarat Semakan Pengurusan 2008

Bertempat di Nasuha Herbal Paradise, sebuah ladang herba yang terkenal di selatan Tanahair, sebilangan Pustakawan bersama Ketua Pustakawan telah “berkampung” selama 3 hari dua malam bagi melaksanakan Mesyuarat Semakan Pengurusan bagi sesi 2008. Program yang bermula pada tanggal 27 Februari sehingga 29 Februari 2008 itu berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pertama kali menjejakkan kaki di Ladang yang dimasyorkan sebagai yang terbesar di Asia itu mengundang rasa resah dan gelisah bagi kalangan anak kota yang pastinya agak canggung untuk menghabiskan 3 hari 2 malam dalam suasana hijau ladang tersebut, namun bagi anak desa, itu semua umpama alah bisa tegal biasa. Jika di hotel, sajian “welcome drinks” pastinya berupa jus buah-buahan, lain pula disini, kami disajikan dengan minuman teh hasil dari pati buah Gora, rasanya saling tidak tumpah seperti minuman teh Herba cina atau Teh Lingzhi.

Disini Nasuha Herbal Paradise ini umpama “segalanya berherba ” dari makan minum sehinggalah air yang dijadikan mandian, malah kabin tempat kami bermalam juga didirikan dengan bahan yang punya unsur yang mampu memberi tindak balas positif pada kesihatan. Lazimnya jika disebut perihal kesihatan lelaki dan wanita, pastinya nama Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yang disebut, namun disini, hanya ada satu nama yang mampu memberi kesan serupa pada kaum lelaki mahupun wanita, iaitu herba asli yang terhasil dari Buah Gora. Hajat untuk menjelajah kawasan tanaman herba di ladang ini walau bagaimanapun tidak kesampaian dek hujan yang menderu turun sebaik segala persiapan telah dilakukan, sebagai ganti kami dibawa ke Restoran Herba bagi mendengar taklimat serta mendapat pemeriksaan paras kolestrol secara percuma dari tuan punya ladang, Haji Nasuha Kasian. Haji Nasuha juga merupakan pemilik Syarikat rempah kari Mak Siti yang cukup terkenal.

Sesungguhnya program MSP kali ini memberi pengalaman baru serta kesan yang positif dari pelbagai sudut. Kami bukan sahaja berjaya melaksanakan program dengan lancar, malah pulang dengan kondisi kesihatan yang lebih baik hasil “rawatan” berherba secara tidak langsung selama 3 hari di Nasuha Herbal Paradise.

msp1.jpg

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.