Berita Kenaikan Pangkat.

April 28, 2008

Tahniah dan Syabas buat pustakawan yang telah dinaikkan pangkat.

1. Puan Noraini Omar
Timbalan Ketua Pustakawan Kanan S52

2. Puan Rosnah Suliman
Timbalan Ketua Pustakawan S48

3. Puan Rosnah Yusof
Timbalan Ketua Pustakawan S48

4. Puan Rohana Mahmood
Pustakawan Kanan S44

5. Cik Mariati Embong
Pustakawan Kanan S44

Syabas Perpustakaan UKM

April 9, 2008

Perpustakaan UKM telah memenangi  Anugerah Khas Juri, kategori perpustakaan besar dalam Pertandingan Perpustakaan Cemerlang anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia pada 7 April 2008. Anugerah ini adalah berdasarkan kejayaan perpustakaan mewujudkan memori korporat UKM dan Koleksi Arkib.
Warga UKM mengucapkan syabas dan tahniah.

Pangkalan Data Percubaan

Mac 26, 2008

BLIS

Akses kepada produk BLIS seperti BERNAMA News, Archival News, Foreign News, Info providers, Who’s Who, Speeches, Sectoral Report, Databank, Fact & Figures, Directory dan Calendar of Events. BLIS hanya boleh diakses melalui rangkaian UKM dengan menggunakan Username  dan Password. Jangkamasa Percubaan: Sehingga 31 Mac 2008

Business Source Complete

Merangkumi  bibliografi dan teks penuh dalam bidang perniagaan

Klik  http://pkukmweb.ukm.my/~library/TRIAL%20BM.htm untuk akses BLIS dan Business Source Complete

Mesyuarat Semakan Pengurusan 2008

Mac 11, 2008

Bertempat di Nasuha Herbal Paradise, sebuah ladang herba yang terkenal di selatan Tanahair, sebilangan Pustakawan bersama Ketua Pustakawan telah “berkampung” selama 3 hari dua malam bagi melaksanakan Mesyuarat Semakan Pengurusan bagi sesi 2008. Program yang bermula pada tanggal 27 Februari sehingga 29 Februari 2008 itu berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pertama kali menjejakkan kaki di Ladang yang dimasyorkan sebagai yang terbesar di Asia itu mengundang rasa resah dan gelisah bagi kalangan anak kota yang pastinya agak canggung untuk menghabiskan 3 hari 2 malam dalam suasana hijau ladang tersebut, namun bagi anak desa, itu semua umpama alah bisa tegal biasa. Jika di hotel, sajian “welcome drinks” pastinya berupa jus buah-buahan, lain pula disini, kami disajikan dengan minuman teh hasil dari pati buah Gora, rasanya saling tidak tumpah seperti minuman teh Herba cina atau Teh Lingzhi.

Disini Nasuha Herbal Paradise ini umpama “segalanya berherba ” dari makan minum sehinggalah air yang dijadikan mandian, malah kabin tempat kami bermalam juga didirikan dengan bahan yang punya unsur yang mampu memberi tindak balas positif pada kesihatan. Lazimnya jika disebut perihal kesihatan lelaki dan wanita, pastinya nama Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yang disebut, namun disini, hanya ada satu nama yang mampu memberi kesan serupa pada kaum lelaki mahupun wanita, iaitu herba asli yang terhasil dari Buah Gora. Hajat untuk menjelajah kawasan tanaman herba di ladang ini walau bagaimanapun tidak kesampaian dek hujan yang menderu turun sebaik segala persiapan telah dilakukan, sebagai ganti kami dibawa ke Restoran Herba bagi mendengar taklimat serta mendapat pemeriksaan paras kolestrol secara percuma dari tuan punya ladang, Haji Nasuha Kasian. Haji Nasuha juga merupakan pemilik Syarikat rempah kari Mak Siti yang cukup terkenal.

Sesungguhnya program MSP kali ini memberi pengalaman baru serta kesan yang positif dari pelbagai sudut. Kami bukan sahaja berjaya melaksanakan program dengan lancar, malah pulang dengan kondisi kesihatan yang lebih baik hasil “rawatan” berherba secara tidak langsung selama 3 hari di Nasuha Herbal Paradise.

msp1.jpg

Bengkel Jurnal Oleh Thomson Scientific

Februari 11, 2008

Perpustakaan UKM dengan kerjasama Thomson Scientific akan mengadakan bengkel jurnal. Berikut adalah maklumat berkenaan bengkel tersebut :

Sesi 1 :

Tarikh : 20 Februari 2008 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Makmal Pra-Siswazah, siber@ptsl,Aras 4, Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan, Perpustakaan Tun Seri Lanang
Peserta : Pelajar Pasca Siswazah dan Pembantu Penyelidik
Topik :
1) ISI Web of Science (Science Citation Index, Social Science Citation Index, Arts & Humanities Citation Index) dan ISI Proceedings.
2) Journal Citation reports (Termasuk faktor Impak Jurnal)
3) Aplikasi Perisian Endnote

Sesi 2 :

Tarikh : 21 Februari 2008 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Makmal Pra-Siswazah, siber@ptsl,Aras 4, Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan, Perpustakaan Tun Seri Lanang
Peserta : Ahli Akademik & Penyelidik
Topik :
1) ISI Web of Science (Science Citation Index, Social Science Citation Index, Arts & Humanities Citation Index) dan ISI Proceedings.
2) Journal Citation reports (Termasuk faktor Impak Jurnal)
3) Aplikasi Perisian Endnote

Konvensyen KIK pentas kakitangan pamer kreativiti dan inovasi

Disember 26, 2007

Perpustakaan UKM telah menganjurkan Konvensyen KIK yang melibatkan 13 kumpulan KIK perpustakaan. Konvensyen yang diadakan pada 17 Disember di Ruang Serbaguna Perpustakaan Tun Seri Lanang menjadi pencetus bagi meneruskan kecemerlangan Perpustakaan dalam melahirkan pasukan KIK (dulunya KMK) yang terbaik. Persembahan pasukan telah diadili oleh Ketua Pustakawan, Encik Abu Bakar Maidin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Hafsah Mohd. serta Ketua Perpustakaan Hospital UKM, Puan Maimuan Kadir.

Berikut adalah keputusan Konvensyen tersebut;

Johan :
Pasukan KIK KLIK
(Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan)
Nama Projek : ” Mengenalpasti Permohonan Pelanggan di Meja Penasihat Pembaca”.

Naib Johan :
Pasukan KIK ProTag
(Bahagian Katalog )
Nama Projek : ” Memantapkan Pengurusan Rekod Pemeriksaan Bahan dan Pengesahan Penerimaan (PTSL/OLEH-B4)”.

Ketiga :
Pasukan KIK SMART
(Bahagian Pentadbiran & Kualiti dan Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat)
Nama Projek : Mengesan Lokasi Perkakasan Komputer di Perpustakaan Tidak Efisyen”

kik11.jpg
KIK KLIK…Johan Konvensyen KIK Perpustakaan UKM 2007

Kecemerlangan Kakitangan dihargai

Disember 26, 2007

anugerahptsl071.jpg

Sepertimana tahun-tahun yang sebelumnya, Perpustakaan UKM telah menganjurkan Majlis Penghargaan Perkhidmatan Kakitangan bagi tahun 2007. Majlis yang diadakan pada 14 Disember 2007 bertempat di Bilik Senat ini merupakan agendabagi pihak pengurusan menganugerahkan penghargaan kepada kakitangan yang cemerlang didalam beberapa kategori yang diadakan. Selain daripada itu, anugerah yang diberikan diharapkan akan menjadi pendorong kepada kakitangan untuk terus memberikan prestasi kerja yang terbaik. Antara kategori anugerah yang diwujudkan ialah,
1) Anugerah Ketua Pustakawan
2) Anugerah Kakitangan Cemerlang
3) Anugerah Kakitangan Harapan
4) Anugerah Petugas Kaunter Terbaik
5) Anugerah Inovasi Perpustakaan
6) Anugerah Khidmat Masyarakat

Berikut adalah penerima anugerah sempena Majlis Penghargaan Perkhidmatan Kakitangan Perpustakaan UKM 2007;

Anugerah Ketua Pustakawan
1) Mohamat Rosiki Husain
2) Mohaini Johari
3) Rahah Mustafa
4) Wan Suhaimi Ariffin
5) Zabidah Ahamad
6) Zaidah Sulaiman

Anugerah Kakitangan Cemerlang
1) Abdul Karim Mahmud
2) Hamzah Jahid
3) Hayatul-Azlah Ghazali
4) Mas Fadhilah Saruri
5) Mohd Afandi Hamzah
6) Muhammad Zuber Basir
7) Noraidah Selamat
8) Rohana Mahmood
9) Rugayah Mohd. Nor

Anugerah Kakitangan Harapan
1) Nik Salimah Nik Abdullah
2) Nor Asiah Hj. Mohamad
3) Norafida Nordin
4) Nurnaemah Marudin
5) Nurul Farahida Yaakob
6) Shamsudin Ibrahim
7) Zaiful Azwan Ab. Rashid

Anugerah Petugas Kaunter Terbaik
1) Ahmad Zainuddin Kulop Samat
2) Khairul Azmi Talkili
3) Manan Abdul Rahman
4) Masrol Salleh
5) Muhammad Wafi Azizi
6) Mustapa Hj. Hassan
7) Noorhayati Hj. Hashim
8) Rosnah Ahmad

Anugerah Inovasi Perpustakaan
1) Azreen Abu Hadin
2) Mariati Embong
3) Mokhtar Aman
4) Muhammad Wafi Azizi
5) Rohalia Mohd Rohani

Anugerah Khidmat Masyarakat
1) Azlan Mohamad Hamzah
2) Shahruddin Shafri
3) Shaari Barmawi

Naib Canselor Aberystwyth University Lawat Perpustakaan Tun Seri Lanang.

November 29, 2007

Perpustakaan Tun Seri Lanang telah menerima kunjungan rasmi rombongan pengurusan tertinggi Aberystwyth University pada 28 November. Rombongan seramai tiga orang itu diketuai oleh Naib Canselor universiti tersebut, Professor Aled G Jones. Lawatan tersebut dipandu oleh Ketua Pustakawan, Tuan Haji Abu Bakar Maidin sambil dibantu oleh beberapa orang pegawai kanan perpustakaan yang lain. Turut hadir menyambut rombongan ini ialah Pro-Canselor UKM, YAM Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar , Professor Datuk Dr. Hood Salleh selaku Pengarah Jabatan Muzium Warisan Akademik, Datuk Zawiyah Baba yang merupakan Felo di Institut Alam dan Tamadun Melayu serta Puan Putri Saniah Megat Abdul Rahman yang merupakan mantan Ketua Pustakawan UKM.

aber2.jpg

Projek Pilih Simpan Perpustakaan Tun Seri Lanang

November 28, 2007


Projek Pilih Simpan Perpustakaan Tun Seri Lanang telah bermula pada 26 november 2007. Projek ini melibatkan dua buah koleksi iaitu Koleksi Am serta Koleksi Arab dan Tamadun Islam. Kriteria buku yang akan dipilih simpan ialah;
1. Buku-buku yang tidak dipinjam selama dua puluh (20) tahun keatas;
2. Buku dalam bidang Sains dan Teknologi yang diterbitkan sebelum tahun 1960.
3. Buku yang lebih 3 naskah dan tidak dipinjam selama lima (5) tahun kesemuanya atau kekerapan pinjaman buku berkenaan tidak menunjukkan keperluan beberapa naskah di rak.

Buku-buku dari Koleksi Am yang telah dikenalpasti untuk dipilih simpan akan dipindahkan ke rak Koleksi Am ( dari nombor panggilan A-F) sementara bagi buku dari Koleksi Arab dan Tamadun Islam akan dipindahkan ke Bilik Buku Pilih Simpan yang sedia ada. Meskipun buku ini tiada di rak, para pelanggan masih boleh mengakses bahan tersebut dengan memberi nombor panggilan bahan tersebut kepada petugas kaunter, maklumat bahan masih dikekalkan dalam GEMILANG.

pilih_simpan.jpg

Audit Dalaman ISO 9001:2000 Perpustakaan UKM

November 27, 2007

Perpustakaan UKM sedang dalam program Audit Dalaman SPK bagi tahun 2007. Program yang bermula pada 29 Oktober ini akan melibatkan Perpustakaan Tun Seri Lanang serta seluruh perpustakaan cabang. Sehubungan dengan itu, pihak perpustakaan memohon maaf sekiranya timbul sebarang masalah dipihak pelanggan.

dscn1222.jpg


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.